Friday, August 12, 2011

apabila terhalang akan perkara kebaikan..

cek balik iman..adakah iman sedang meningkat..adakah iman sedang menurun...ataukah kita terhalang menyertai perkara kebaikan kerana caci nista kita kepada orang...

saat ramadan hebat diraikan...saat iman sedang memuncak berlari-lari mengejar manfaat dan keampunan ramadan..aku terhalang dalam pelbagai perkara kebaikan yang lain...memilih antara kehendak dan keperluan..dan aku menolak keperluan demi nafsu yang tidak dirantai musim ini...ku tinggalkan rehlah masyi...terhalng terus untuk iftar..

Allah mengujimu Asma' bt Hassan hanya sedikit..hanya sekelumit...namamu dipinjam dari seorang sahabiah yang terkenal dengan sifat pemurah...terkenal dengan pengorbanan jihad...kau seolah-olah tidak menghargai nama indah yang kau miliki..

berpuasa bukan sekadar lapar dahaga..ramadan bukan sekadar pengisiannya tarawih..tetapi ramadan adalah anugerah Allah untuk mentarbiah hambanya..hadiah dari Allah untuk hambanya membersihkan dosa..ramadan adalah peluang yang Allah berikan untuk hambanya berlumba-lumba melakukan kebaikan...dan sejauh mana telah ku lakukan kebaikan???

ramadan bakal melabuhkan tirainya..adakah aku masih sempat dengan ramadan yang akan datang...hati rindu dengan ramadan..sayang dengan ramadan...tetapi sejauh mana ramadan ini dihargai....???

ya Allah..selagi mana aku bergelar hambamu..Kau awasilah aku..jangan biarkan aku menentukan kehidupanku sendiri walau sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..Kau telah campakkan hidayah ke dalam hatiku..jangan kau bolak balikkan hatiku dengan keindahan dunia ini...kaburilah mata kasarku dn mata hatiku dengan kenikmatan syurga yang mahu digapai...jadikan mati itu sebagai peringatan utama dalam hatiku...campakkanlah "rasa" dalam hatiku ini untuk terikat dengan rumah Allah..terikat dengan majlis-majlis ilmu..di mana sahaja aku berada ya Allah..samada berdirinya akhowat di sisiku atau aku hanya berdiri dengan kaki ku sendiri..aku mengharapkan Engkau yang mengawasiku..

terasa amat takut untuk keluar dari IPG..bimbang tarbiyyah yang dimiliki tidak mampu menghalang godaaan dunia yang melata..bimbang iman yang sering naik turun ini mengoyakkan seluruh jasad yang tertutup sempurna..bimbang jauh dari sisi akhowat..aku terpesona dengan dunia..

ya Allah..peliharalah diriku...

Thursday, August 11, 2011

saya cemburu pada abdulrahman...

memiliki hati kering selama 23 tahun..dan hari ini hati yang kering ini akhirnya tertunduk kerana lelaki bernama Abdul Rahman..kisah cemburu ini terbawa-bawa sehingga hari ini..dan entah bila perasaan ini akan berakhir..sebelum meneruskan coretan ini..doaku, semoga aku menjadi orang yang bersyukur dengan apa yang aku miliki..bukan meminta apa yang tidak diperolehi..

Abdul Rahman..beruntungnya anda..


hari ni, Abdul Rahman masuk ke bilik guru..mencari ayahnya..meja ayahnya di depan mejaku..waktu itu ayahnya sedang menyiapkan sesuatu di meja komputer bilik guru..Abdul Rahman duduk di kerusi ayahnya sambil memandangku..pandangannya kosong..nampak dye tidak seceria semalam..agak lama dye duduk di situ..aku tegurnya.."penat ke?" soalanku dibiarkan tanpa jawapan..dye masih memandangku..aku teruskan kerja..mungkin Abdul Rahman ada masalah..x pernah2 dye masuk lepak kt meja ayah dye..byase lau masuk mesti amek kunci umah jek..tiba2, Abdul Rahman batuk..teruk sangat bunyinya...tahulah aku bahawa dye demam..nggak sehat rupanya..beberapa minit kemudian, ayah dye datang..

peristiwanya bermula di sini..


ayah : 'abdul Rahman demam ke??'

abdulrahman hanya angguk..

ayah : "nak balik ker?"

abdul rahman angguk lagi..

ayah : "jom!"

abdul rahman hanya mengikut ayahnya..

sebaik sahaja mereka berdua berlalu..mataku terus panas..air mata mengalir laju..kerana Abdul Rahman..hatiku cair..luluh..tidak sekering padang pasir yang byase aku bajai..seringkali aku memikirkan..adakah aku ini tidak normal..langsung tidak menginginkan rasa kasih seorang ayah..langsung tidak merindukan belaian seorang ayah..terkadang..aku berbangga dengan hati kering yang aku miliki..orang ceritalah apa saja tentang kebaikan sang ayah..cananglah setinggi mana kasih sayang ayah..tapi hati keringku tidak merasakan apa2..sebab aku memiliki seorang ibu yang hebat..boleh memberi kasih sayang sebagai ibu dan juga sebagai ayah..tapi hari ini aku tewas pada Abdul Rahman..pelajar darjah 4 berumur 10 tahun..

doaku..

aku ingin membina "Teratak Mu'tah"..ibu ayahnya hebat seperti Ali dan Fatimah..meminta seorang pembantu dari Rasulullah tetapi Rasulullah memberi ganti yang lebih hebat dari seorang pembantu iaitu "subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar"...anak-anaknya seperti 3 orang panglima perang Mu'tah..Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah ibn Rawahah..mereka bukan sahaja hebat di medan perang..tetapi mereka sangat berlapang dada antara satu sama lain..dan yang lebih aku kagum..mereka boleh berithar sedangkan maut sudah memanggil..hanya kerana seteguk air..

sudah ketetapan ada' dan qadar aku begini..namun ya Allah..aku titipkan doa ini untuk generasi anak-anakku..penyambung dakwah dan kalimah "Lailahaillah Muhammadurrasulullah"..anak-anakku nanti ku harapakan seperti Abdul Rahman..tidaklah aku mengharapkan lahir di Mesir seperti Abdul Rahman..tetapi sekadar memiliki kasih sayang yang cukup seperti Abdul Rahman..anak-anakku nanti juga sanggup menyerahkan jiwa dan raganya untuk Islam..semoga ada antara anak-anakku nanti yang menegakkan daulah Islamiyyah di bumi ini..