Friday, August 12, 2011

apabila terhalang akan perkara kebaikan..

cek balik iman..adakah iman sedang meningkat..adakah iman sedang menurun...ataukah kita terhalang menyertai perkara kebaikan kerana caci nista kita kepada orang...

saat ramadan hebat diraikan...saat iman sedang memuncak berlari-lari mengejar manfaat dan keampunan ramadan..aku terhalang dalam pelbagai perkara kebaikan yang lain...memilih antara kehendak dan keperluan..dan aku menolak keperluan demi nafsu yang tidak dirantai musim ini...ku tinggalkan rehlah masyi...terhalng terus untuk iftar..

Allah mengujimu Asma' bt Hassan hanya sedikit..hanya sekelumit...namamu dipinjam dari seorang sahabiah yang terkenal dengan sifat pemurah...terkenal dengan pengorbanan jihad...kau seolah-olah tidak menghargai nama indah yang kau miliki..

berpuasa bukan sekadar lapar dahaga..ramadan bukan sekadar pengisiannya tarawih..tetapi ramadan adalah anugerah Allah untuk mentarbiah hambanya..hadiah dari Allah untuk hambanya membersihkan dosa..ramadan adalah peluang yang Allah berikan untuk hambanya berlumba-lumba melakukan kebaikan...dan sejauh mana telah ku lakukan kebaikan???

ramadan bakal melabuhkan tirainya..adakah aku masih sempat dengan ramadan yang akan datang...hati rindu dengan ramadan..sayang dengan ramadan...tetapi sejauh mana ramadan ini dihargai....???

ya Allah..selagi mana aku bergelar hambamu..Kau awasilah aku..jangan biarkan aku menentukan kehidupanku sendiri walau sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..Kau telah campakkan hidayah ke dalam hatiku..jangan kau bolak balikkan hatiku dengan keindahan dunia ini...kaburilah mata kasarku dn mata hatiku dengan kenikmatan syurga yang mahu digapai...jadikan mati itu sebagai peringatan utama dalam hatiku...campakkanlah "rasa" dalam hatiku ini untuk terikat dengan rumah Allah..terikat dengan majlis-majlis ilmu..di mana sahaja aku berada ya Allah..samada berdirinya akhowat di sisiku atau aku hanya berdiri dengan kaki ku sendiri..aku mengharapkan Engkau yang mengawasiku..

terasa amat takut untuk keluar dari IPG..bimbang tarbiyyah yang dimiliki tidak mampu menghalang godaaan dunia yang melata..bimbang iman yang sering naik turun ini mengoyakkan seluruh jasad yang tertutup sempurna..bimbang jauh dari sisi akhowat..aku terpesona dengan dunia..

ya Allah..peliharalah diriku...

1 comment:

rindu madinah said...

perghh..ayat mu loni makin mantop ustazah asma' =)
byk lahjah2 arab diselitkan...
tahniah asma dgn perubahan dirimu..
aku sentiasa doakan utk sahabat2..
yg terbaik...
(don wory..stahun lg kt IPG, masih byk tarbiah yg mu cari tu diserap dlm diri..moga teguh dan cukup utk bekalan seumur hidup..)