Sebelum ditransferkan ke Kelantan pada 2006, senior di
syarikat tempat aku bekerja ada memberitahu, “Nanti kau dah duduk kat Kelantan
tu, jangan lupa cari awek Pasir Mas… orang Pasir Mas cantik-cantik, kulit putih
gebu… mesti kau terpikat,” katanya.
Aku tak tau korang pernah dengar
atau tidak pasal gadis cantik Pasir Mas ni… apa yang dikatakan oleh senior aku
tu bukan cerita pertama yang aku dengar mengenai gadis Pasir Mas, sebelum ni pun
aku pernah dengar cerita ni… kawan-kawan aku di universiti serta di tempat kerja
pun banyak bercakap mengenai gadis Pasir Mas.
Kisah gadis cantik Pasir
Mas ni sebenarnya dah jadi cerita turun-temurun hingga seorang rakan setugas
aku, Syed Umar menganggap cerita ini hanyalah lagenda dan mitos semata-mata.
Sekadar gambar hiasan
Benarkah orang Pasir Mas ni
cantik-cantik?? Kenapa Pasir Mas?? takde ke gadis cantik kat tempat lain di
Kelantan ni??… itu antara persoalan yang bermain di fikiran aku… dan sepanjang
tahun pertama aku bertugas di Kelantan serta banyak kali juga pergi ke Pasir Mas
dari bandar hinggalah ke ceruk kampung, tak pernah pulak aku jumpa gadis yang
memiliki paras rupa yang cantik tahap luar biasa!
Bagi mencari kebenaran
mengenai cerita itu, aku dan Syed Umar tekad membuat penyelidikan mengenai
lagenda gadis cantik Pasir Mas yang dijalankan pada awal 2007… Maka, kami
berjumpa seorang peniaga tekstil di bandar Pasir Mas bernama Nor Mohammed Din,
65, yang tidak menafikan gadis Pasir Mas menjadi rebutan ramai lelaki lantaran
kecantikan mereka.
Menurut Nor Mohammed yang berdarah Pakistan, susur
galur gadis Pasir Mas kemungkinan bermula sekitar 1900 apabila 25 keluarga
pedagang dari Pakistan dan Afganistan menetap di Pasir Mas dan berkahwin dengan
penduduk tempatan. Katanya, keluarganya pula berhijrah ke Pasir Mas pada 1917
dan terus menetap di situ sehingga sekarang.
Keadaan itu menyebabkan
banyak berlaku perkahwinan campur sehingga ramai mix lahir di Pasir Mas
khususnya membabitkan golongan yang digelar Tok Seh (campuran Pakistan dan
Afganistan dengan Melayu). Anak Nor Mohammed, Nor Suryati, 37, pernah menjadi
model dalam video klip KRU dan menghiasi majalah hiburan tempatan sekitar 1994.
Seorang lagi anaknya, Nor Awatif, 22, turut mengikuti jejak kakaknya apabila
menjadi model sambilan di sebuah syarikat penerbitan.
Noor Suryati
pernah menjadi model video klip KRU
Menurut anak jati Pasir Mas, Nur Ayunie
Abd Rahman, 21, wanita Pasir Mas memang menjaga kecantikan kulit sejak dari
zaman nenek moyangnya menerusi amalan minum air suam, makan beras pulut setiap
hari dan mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit
supaya kelihatan gebu dan menarik.
Dia bagaimanapun menyifatkan
kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan mengakui ramai gadis dari negeri
lain dan daerah lain di Kelantan turut mempunyai kecantikan tersendiri.
Pensyarah UKM, Prof Dr Mohd Agus Yusof, yang kami hubungi berkata Pasir
Mas pernah menjadi hab perdagangan terkenal sekitar 1800 kerana kedudukannya
yang hampir dengan Wilayah Kesultanan Pattani yang bebas sebelum dijajah
Thailand pada awal 1900.
Maka, dari situlah bermulanya perkahwinan
antara pedagang dengan penduduk tempatan termasuk campuran Melayu-Siam. Malah,
Prof Agus turut mengakui beliau sering mendengar cerita mengenai kecantikan
gadis Pasir Mas dan yang menghairankan kisah itu tidak didengarnya di negeri
lain.
Bekas Adun Pengkalan Pasir, Hanafi Mamat, berkata pada awal 1900,
berlaku banyak perkahwinan campur antara orang Melayu dengan Siam serta orang
Melayu dengan kaum pedagang. Sekitar 1950-an, ramai wanita cantik di daerah ini
berkahwin dengan pegawai tentera dan anggota polis dari luar yang ditugaskan ke
Pasir Mas. Pada masa itu, ramai ibu bapa mahu menjodohkan anak gadis mereka
dengan tentera dan polis yang cukup dihormati ketika itu.
Hanafi
berkata, anggota tentera dan polis terbabit apabila ditukarkan ke tempat lain
menceritakan kecantikan wanita Pasir Mas kepada rakan mereka menyebabkan cerita
itu tersebar dan menjadi bualan.
Bagi aku pula, kecantikan sebenarnya
bukan terletak pada paras rupa semata-mata, sebaliknya merangkumi aspek lain
seperti hati yang bersih, kejujuran serta budi bahasa yang tinggi… cewah!so...pe sebenarnya ada pada gadis pasir mas...???akak aku selalooo
pesan..klu orang tnya asal mana...cakap dulu org kelantan..lau tnya
lagi..kelantan kat mana..jawab terus bunut susu, kampung perangkap...jgn
oyak
pasir mas...sebab takut leh timbulkan riak..klu da memang x kenai mana
ceruk
bunut susu.baru cakap kt pasir mas..dekat skolah teknik..tapi aku ase
jawapan
gitu sesuai bg akakn aku..aku x de masalah sgt...ngeh ngeh
ngeh...sbb lam family
aku..aku jer yg x chanttek...anak bongsu..yg
chantek-chantek tu sume dapat yg kt
atas2 daa..yg bwh ni amek lebih2
jek...hohohoho....kawan aku pon ader citer..ada sorang mak cik tu, mmg gaduh ngn ana
jate dye..sbb nak juga gano gano pon, menantu org pasir mas..puluh2 tunjuk
dkt
anak dye..sume anak dye x bokonan..akhirnya kawen la anak jate dye..lam
keadaan
mak dye x merestui..pastu..hari kawen tu..baru dpt tau yg menantu
dye tu asalnya
dulu org pasir mas gak..cuma skang da pindah..dok tmpt
len...br la mak dye tu
leh timer menantu dye...APA ADA PADA GADIS PASIR MAS???
Monday, June 7, 2010
~anok pompuan PASIR MAS~
aku dapat citer ni dari satu entry blog yg x dikenali..saje cari idea tntg umah kampung..angan2 nk renovate umah yg aku duduki ni..terjumpa plok blog ni..entry dye menarek ati aku..so..aku copy....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
mentang2 die org pasir Mas.. hehehe.. menarik..
hoho..agak2 de x citer sal kecantikan orang bangi???
saye org Pasir Mas jgk..! hahaha ^0^
hoho..time ni sume nk ngaku..tp btol..nobel qais mmg org pasir mas!!!
mcm pernah dgr jo crito hok bwh skali dlm entrie mu tuh..~ngeee...
ak ore kg kiat..haha
hoho..aku copy citer tu dr sape yek???
Post a Comment